Adalah penting untuk mengekalkan metabolisme pada tahap tertinggi supaya
kadar pembakaran kalori kita sentiasa berada di tahap yang optimum. Metabolisme
yang tinggi merupakan salah 1 faktor paling penting bagi menurunkan berat badan
dan mengekalkan badan yang langsing. Salah satu caranya ialah bersenam.
Walau bagaimanapun disebabkan factor kesibukan kita seharian membuatkan kita
kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang lain. Oleh itu, pemakanan
sangat diambil kira. Saya tadi baru ‘jalan – jalan’ tengok blog orang. Memang
menarik perkongsiannya tu. Ia menyentuh mengenai pemakanan yang boleh
tingkatkan metabolisme kita.
Sumber : kevinzahari
Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma
Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan.
Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda
untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
• Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda
menyuap masuk ke mulut anda.
• Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras
perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti
ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan
lain yang sama jumlah kalorinya.
• Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh
meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati
supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak
mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis
antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80
kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein,
tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan
kalori dalam badan.
• Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga
cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan
menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu
membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar
signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan
metabolisme sehingga 12%.
Jadi mulai hari ni kene pastikan pemakanan saya memenuhi ciri – ciri di atas
supaya berat saya sentiasa maintain.
Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk
mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu
anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Najihah Sudi
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
FB : Najihah Sudi
Whatsapp / Telegram : 0175012307
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
FB : Najihah Sudi
Whatsapp / Telegram : 0175012307
No comments:
Post a Comment