Showing posts with label Ostematrik. Show all posts
Showing posts with label Ostematrik. Show all posts

Monday, 6 August 2018

Selamat tinggal sembelit.

Saya, Nik Nurhanan binti Nik Mansor. Umur 32 tahun ibu tunggal kepada seorang anak !

Saya mula jatuh cinta gila-gila dengan Shaklee sejak saya mengenali OSTEMATRIX.

OSTEMATRIX la cinta pertama saya.

Saya ni ada masalah SEMBELIT agak serius sejak zaman sekolah menengah. Sejak masuk asrama. Entah kenapa perut saya ni macam 'rejected' makanan asrama. Selepas setahun di asrama bersamaan selesainya mengharungi tingkatan 1, SEMBELIT saya makin serius.

Setiap kali nak membuang, cukup SEKSA. Sakit yang amat hingga hampir BUASIR. Bayangkan 5 tahun saya membesar di sekolah berasrama, hasilnya sistem perkumuhan saya jadi makin tidak lawas. Penyingkiran bahan buangan hanya berlaku SEMINGGU SEKALI dan berlarutan hingga 2 MINGGU SEKALI.

Pelbagai ikhtiar telah dicuba. Traditional dan moden masih tidak memberikan hasil yang memuaskan. Keadaan berlarutan sehingga saya di universiti. Sehinggakan saya merasakan tubuh saya ni sangat berat. Perut pun buncit. Yela, tak membuang.

Akhirnya, pada tahun akhir dan semester akhir saya kenal OSTEMATRIX. Masa tu sibuk dengan projek tahun akhir dan penulisan tesis. Saya dah tak tahan. Saya tekad nak cuba juga OSTEMATRIX. Saya NIAT, kalau penyakit SEMBELIT saya ni setel, saya tak akan pandang dah produk lain. Saya akan bercinta dengan produk ni hingga akhir hayat saya.

Seriuss syukur sangat kenal shaklee..sebab pertama saya di _guide_ cara pengambilan yang betul dan kedua produk ini BERKESAN dengan jayanya..yeayy!! 

Alhamdulillah..selepas habis sebotol pengamalan OSTEMARIX, tiada lagi sembelit. Rutin pembuangan setiap hari setiap pagi. Sangat normal. Tektur bahan buangan pun dah tak keras. Buasir tak jadi menyinggah. Kesan positif ini berterusan sehinggalah ke HARI INI. Alhamdulillah..terima kasih Allah.

Syukur sekarang...perut sudah sihat, keyakinan semakin kuat.

Itu sahaja perkongsian shaklee effect saya.
Selamat Tinggal Sembelit & Buasir untuk selamanya. 👋🏻👋🏻👋🏻




Friday, 4 September 2015

Soal Jawab Kehamilan : Sembelit


Rata - rata ibu yang hamil pasti akan mengalami masalah sembelit dari awal kehamilan. 

Jangan bimbang tentang perkara ini sebab ia adalah perkara yang biasa terjadi kepada ibu hamil.

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, saya akan pastikan dalam sehari saya akan minum dalam 8-10 gelas penuh air untuk elakkan dari terkena sembelit. Kadang - kadang bila kurang minum air, memang akan sembelit. So kat situ tau dah yang hari tu kita tak cukup air. Hihi.

Punca Sembelit

Sembelit ketika hamil terjadi disebabkan peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pengenduran otot sehingga usus kita menjadi kurang efisien untuk bekerja. 

Selain itu juga, sembelit ketika ini juga disebabkan oleh tablet zat besi (iron) yang diberikan oleh doktor. Pengambilan tablet zat besi ini bukan sahaja menyebabkan sembelit malah menyebabkan warna najib ibu menjadi kehitam-hitaman. 

Cara Mengatasi

Ada beberapa cara yang biasa untuk mengelak daripada terkena sembelit seperti memperbanyakkan minum air, makan makanan yang berserat tinggi (seperti sayuran dan buah - buahan) dan bersenam. 

Selain mengamalkan cara di atas, saya akan memastikan setiap hari saya ambil Ostematrik sebelum tidur bagi menggalakkan proses pengecutan dan pengenduran otos usus lebih efisien. 


Ostematrik akan memastikan otot bekerja seperti biasa dan sepanjang saya mengamalkan Ostematrik ketika hamil ni, tak pernah lagi saya sembelit. Alhamdulillah.. Lega.. Hihi... 

Untuk mommies yang nak cuba Ostematrik yang banyak giler kelebihannya ni, jangan segan untuk berhubung dengan saya oka!!

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Thursday, 3 September 2015

Soal Jawab Kehamilan : Kekejangan Perut (Cramp)



Kejang perut ketika hamil terutamanya untuk yang baru pertama kali hamil adalah perkara normal. 

Memang kita akan rasa tak selesa.. Tambah bila rasa perut tu kerass semacam.. Nak tunduk atau nak mencangkung pun rasa tak selesa. 


Kejang perut (cramp) ni biasa terjadi pada trimester pertama. Pada masa ni, anda mungkin akan mengalami salah satu perkara seperti berikut : 

Tuesday, 1 September 2015

Atasi Masalah Sembelit Ketika Hamil


Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. 

Sepanjang saya hamil, saya juga mengalami masalah sembelit pada trimester ke-2 kalau tak silap.. Itu pun sebab tak jaga makan , kurang minum air dan tak banyak bergerak. 

Masalahnya, saya memang kurang gemar makan sayur. Uhuhu... Makan sayur pun pilih - pilih.. Yang tak berkenan memang tak makan. Buah - buah ok.. Semua makan.. Tapi takdelah makan hari - hari sebab kita pun tak beli selalu.. Jenuh juga nak sentiasa pastikan ade buah kat dapur ni.. So kebanyakan masa memang  tak makan  buah.. Hihi.. 

Mujur la Shaklee ade 1 supplement yang sesuaiiii sangat dengan masalah saya ni. 


Untuk atasi masalah sembelit tu, saya 
konsisten makan Ostematrik sebelum tidur. Serius lah.. Lepas tu memang langsung dah tiada masalah sembelit. Membuang dengan begituuu lancar dan mudah.. Lega sangat. 


Ostematrik akan memastikan otot bekerja seperti biasa dan sepanjang saya mengamalkan Ostematrik ketika hamil ni, tak pernah lagi saya sembelit. Alhamdulillah.. Lega.. Hihi... 

Takde nak meneran beria. Ye la.. Time pregnant bahaya kalau meneran beria.. Takut teran - teran, mende lain yang kuar.. Huhu.. Bila lawas, rasa puasss je bila kuar toilet. Hihi. Mood pun baik jer.. 

Ok, kalau anda nak tau, ni antara punca yang menyebabkan sembelit ketika hamil : 


1. Tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum

2. Hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. 

3. Kurangnya pergerakan fizikal ketika hamil

4. Ibu hamil kurang mengambil makanan berserat seperti sayur, buah dan fiber. 

5. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk

So untuk atasi masalah sembelit ni, anda boleh la cuba amalkan tip di bawah ni ya.






Untuk anda yang memghadapi maslaah sembelit ni, jangan biarkan tanpa dirawat. Dikhuatiri anda akan mengalami buasir.

Dan bila anda mendapat buasir, ia akan menjadi sangat bahaya apabila anda perlu meneran ketika bersalin nanti. 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Friday, 28 August 2015

Penjagaan Gigi Ketika Hamil

Ketika hamil, kesihatan gigi juga akan diambil kira. 

Tau tak, ketika kita mengandung, potensi untuk mendapat Gingivitis sangat tinggi disebabkan perubahan hormon.

Gingivitis ialah keradangan pada gusi yang disebabkan plak yang berkumpul di celahan antara gigi dan gusi. Plak pula ialah lapisan nipis tidak berwarna yang terdiri daripada 95% bakteria. 

Bila plak dah terkumpul, ia akan menyebabkan kehilangan tulang di sekitar gigi (periodontitis) dan seterusnya menyebabkan kehilangan gigi. 

Lebihan plak ni bukan sahaja sebabkan gigi tertanggal, malah ia juga menyebabkan gusi membengkak, berdarah, kemerahan dan radang. 

Untuk mengelakkan masalah ini, ibu - ibu hamil boleh amalkan tips seperti di dalam gambar ni



Selain itu juga, ibu - ibu hamil sangat digalakkan untuk mengambil pil kalsium bagi membantu menghasilkan tulang gigi yang lebih kuat dan membantu mencukupkan keperluan kalsium untuk ibu hamil dan bayi. 

Kalau ikut pengalaman sendiri, hamil kali kedua saya amalkan makan pil kalsium dan hasilnya, gigi tidak lagi mereput seperti hamil kali pertama dulu. Lega sangat.. Ada rakan saya yang mengalami masalah pergigian ketika hamil ni ambil juga pil kalsium yang saya cadangkan dan beliau sungguh gembira dengan kesannya! 



Apa yang saya cadangkan?? 

Pil kalsium shaklee ialah Ostematrik


Saya kalau sehari tak telan Ostematrik time - time pregnant ni memang rasa tak best sangat. Kebaikannya bukan jer untuk gigi tapi lebih daripada tu.

Nantikan nest entry pasal ni okeh!!


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
JIHA
Fb : Najihah Sudi
Blog : najihasudi.blogspot.com
Call / Tele / WhatsApp / SMS : 0175012307




Thursday, 27 August 2015

13 Kelebihan Yang Pasti dirasai dengan Set Hamil Shaklee. No. 8 tu Memang Win!

Mengandung kali ni saya memang amalkan makan supplement Shaklee sejak dr trimester pertama hinggalah sekarang (38minggu). 

Memang best!! Itu yang saya nak cakap. Berbanding hamil anak pertama dengan yang ini, kali ni saya :

1. Tidak mengalami kenaikan berat melampau. (Dulu naik 22kg, kali ni cuma 8kg. Beza 14kg tuhhhh)
2. Tidak mengidam dan ingin makan makanan merapu
3. Gigi tidak reput dan bergoyang
4. Gusi tak sakit dan berdarah
5. Seharian bertenaga (cuma dah hujung-hujung nak bersalin agak letih juga. Mungkin sebab kandungan dah membesar)
6. Kaki tak kembang dan tiada urat - urat timbul (seronok tak perlu beli sandal baru, yeay!)
7. Hanya sekali kena simpul biawak sepanjang mengandung
8. Nurse tak suruh minum air gula. Best giler!!
9. Badan tak sembab dan muka pun tak kembang
10. Vagina sihat - tidak gatal - gatal, tidak berbau
11. Lawas seperti biasa
12. Badan mudah keluar angin
13. Hb maintan 12 ke atas. Pernah sekali 11.6. tu pun sebab culas makan vitamin. Huhu.. Padan muka!

Seronok mengandung kali ni. Memang terasa bezanya. Sepanjang hamil saya amalkan makan Set Hamil Shaklee iaitu :


Esp 
- membekalkan tenaga berpanjangan
- untuk pertumbuhan bayi yang sihat
- supaya badan bayi tegap
- untuk menguatkan rahim
- amalkan hingga waktu bersalin bagi mengelakkan vagina terkoyak / terkoyak teruk ketika bersalin
- mengelakkan stretchmarks melampau
- mengelakkan dari mengalami morning sickness


Vita c
- membantu penyerapan zat besi dalam badan
- menguatkan salur darah
- memelihara kulit, gigi dan gusi
- mengelakkan kencing kotor
- mengelakkan masalah vagina (berbau, gatal - gatal & jangkitan kuman)
- menguatkan imun ibu
- kekurangan Vitamin C semasa mengandung dikaitkan dengan perkembangan mental yang lambat


Vita lea
- membekalkan zat besi yang bertujuan untuk menghasilkan hemoglobin untuk mengangkut Oksigen & nutrisi lain kepada bayi.
- keperluan utama untuk menghasilkan placenta (kantung bayi) yang kukuh dan selamat.
- kuatkan tulang dan gigi
- meningkatkan hb darah (hb lebih 11 adalah baik dan selamat)
- mengelakkan bayi pra matang


Bcomplex
- membekalkan asid folic 
- membantu mengelakkan dari mendapat diabetes semasa hamil
- membantu mengelakkan dari morning sickness
- mengelakkan kecacatan saraf bayi
- membekalkan tenaga dgn menukarkan karbo kepada tenaga
- membantu bayi menjadi lebih cerdik


Omega
- untuk penglihatan yang lebih baik
- elakkan kelahiran pra matang
- penting untuk tumbesaran & perkembangan otak janin
- mudah untuk bayi menyimpan memori
- membantu mengawal berat badan ibu
- mengelakkan pre eclampsia (tekanan darah tinggi) ketika hamil


Ostematrik
- membekalkan kalsium
- mengelakan gigi tertanggal atau reput
- mengelakan sakit gusi
- untuk penghasilan tulang yang kuat
- mengelakkan dari kekejangan otot (simpul biawak)
- tidur malam lebih lena
- menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
- mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas
- pembuangan lebih lawas


Tambahan


Garlic 
- mengelakkan masalah vagina 
- membantu mengeluarkan angin
- menguatkan imun


Peppermint Ginger Plus (penting ketika awal - awal kehamilan)
- bantu mengeluarkan angin 
- membantu melegakan ibu yang kerap muntah

Saya memang puas hati dengan kesan positif yang saya alami sekarang. Terasa sangat berbaloi saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan ni. 

Insya'Allah, lepas bersalin ni saya akan terus amalkan makan supplement Shaklee ketika berpantang dan menyusu nanti. 

Untuk ibu - ibu yang mahu mencuba Set Hamil Shaklee sepanjang proses kehamilan anda, jangn malu untuk hubungi saya ok. Segala konsultasi adalah percuma! 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307