Wednesday, 3 May 2017

Petua Mudah Rawat Jerawat (No 6 tu petua paling mudah)

Jerawat adalah salah satu masalah kulit yang hampir semua orang hadapi. Bezanya teruk atau tak jelah. Macam kak ha sendiri, sampai umur sekarang memang jerawat ni memang keluar especially time nak sampai waktu period. 

Tapi kak ha pernah hadap jerawat yang teruk masa zaman kak ha belajar dulu2. Tapi takde plak pic nak share. Sebab tak sanggup nak simpan gambar huduh 😂😂😂

Petua 1
Rendam asam gelugor semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu, kemudian campur dengan air rendaman tadi. Sapukan di muka. Buat 2 kali seminggu.

Petua 2
Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan sekerap yang boleh.

Petua 3
Campurkan susu, madu dan putih telur. Kacau sebati. Sapu di muka dan biar 25 minit. Amalkan selalu.

Petua 4
Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul hingga sebati dan sapu ke muka. Biar seketika fan bilas dengan air. Amalkan selalu.

Petua 5
Belah sebiji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum masuk tidur. Biar hingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Basuh muka pada waktu pagi. Amalkan seminggu sekali.

Petua 6
Picit jerawat dengan tangan yang bersih. Lepas tu sapu sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu. Insya'Allah jerawat tak akan tumbuh lagi.

Petua 7
Tumbuk seulas bawang putih yang telah dibuang kulitnya. Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum tidur. Amal setiap malam. 

Ok, itu je petua yang kak ha nak share. Banyak lagi petuanya tapi ni kak ha pilih yang senang senang je.. Ade masa nanti kak ha share lagi yang lelain okeh. 

Love, Kak Ha

Wednesday, 15 March 2017

Kanak - kanak perlukan 1800 kalori sehari. Peh, lebih kurang sama macam orang dewasa!

 

Actually info ni kak ha dapat masa dengar radio era pagi tadi.

Dia suh p makan makanan bertenaga. Tapi yang dicadang tu makanan tinggi gula. 

So cadangan tu kak ha tak baper setuju. Jadi kak ha nak tukar kepada melashake sebab makanan tenaga ni bukan setakat RENDAH GULA malah RENDAH LEMAK. 

Kalau dah sume rendah, ape yang ada dalam mealshake ni kak ha oiii?? 

Rilek.. Rilek.. Kak ha x abes cakap lagi..😝😝

Mealshake best sebab ia bantu melengkapkan zat dan nutrien penting anak anak uoll. Tinggi protein juga so pertumbuhan anak - anak uoll pun xdelah terbantut. 

Kak ha lama dah bagi anak kak ha makan mealshake ni.. Hasilnya, safiya memang tinggi padan dengan umurnya, senang belajar dan diajar dan sangat aktif.

Uoll kalau nak anak uoll secerdas dan secergas safiya, boleh je contact kak ha. Just klik pada link nih :

Tuesday, 14 March 2017

Kalau dah jenis pemakan, semua dia telan. Hehe

Kak ha seronok tengok dhia makan. Kak ha rasa, bukan kak ha je.. Mesti semua mak2 seronok tengok apa yang di masak untuk anak, semua habis anak makan.

Syukur alhamdulillah.. Dhia jenis pemakan juga.. Apa yang kak ha bagi, mesti makan.. Bezanya banyak atau sikit je lah hehe..







Bila tengok anak pemakan macam ni, mak mak mesti lagi semangat nak memasak untuk anak,  betul tak?

😘😘😘

Nak tau lebih mengenai vitamin kanak kanak, just klik link nih utk contact kak ha ok

 
 

Monday, 13 March 2017

Safiya The Hawaiian Girl



Alkisah hari tu... 

Kak ha ni jarang sangatlah nak join dinner segala. So hari tu suami ajak join dinner anjuran KRT Cameron. Bukan takat dinner tapi dipaksanya anak masuk pakaian beragam pulakk.. 😂😂😂

Dinner lagi 3 hari. Nak beli costume memang tak sempat dah.. So pk punya pk.. Oklah, kita buat hawaiian girl. 

So selama 2 hari tulah kak ha dok hadap mencarik tali rapia nak jadikan skirt hula tuh. 


Seb baik mak mertua pun tolong sekali.. 

Kikiki..

So malam dinner tu, berhawaii lah anak kak ha 😂😂😂



Alhamdulillahh.. Dapat tempat ke-3. Naseb baiklah dapat hadiah. Sebabnya kak ha janji ke dia, nanti dapat hadiah. Pia pun siap cakap, pia mesti menang, mesti dapat hadiah..

Mujur... Kikiki..













Tuesday, 9 August 2016

Kalsium keperluan penting ibu hamil

Masa saya pregnant tahun lepas, saya sangat sangat mengambil berat pengambilan kalsium sepanjang pregnant sebab saya taknak jadi macam 1st pregnancy dulu. 

Masa mengandungkan safiya (anak pertama), pelbagai masalah timbul. Paling saya terkejut bila gigi saya mereput. Saya tak sangka plak mengandung boleh sampai reput gigi 😅😅. Selain tu, gusi plak memang hari - hari berdarah. Asal gosok gigi je berdarah gusi. Dah tu bila subuh je, betis mesti cramp. Boleh kata kerap jugaklah. Kadang sampai menangis. Sebab sakittt sangat2.. Suami kat sebelah syokk je tido kroh krohhh.. Hahaha.

Mujur masa second pregnancy dah jumpa Shaklee. Jadi memang rasa saaangat bersyukur.. Rasanya preganancy kedua ni lah rase stabil je semua. Sebab awal2 trimester dah pastikan ambil pil Ostematrik. Sebab nak elak gigi mereput, gusi berdarah, nak  elak sembelit.. Nak tidur lena pun saya pastikan gak amek pil ostematrik ni. 

Memang banyak kelebihan Ostematrik ni untuk ibu hamil. Cuba tengok ni.. Berderettt..






Friday, 29 July 2016

Senarai keperluan ibu, bapa dan bayi ketika di hospital

Ibu dan bapa especially yang tak lama lagi akan menimang anak pasti teruja nak tengok bayi anda untuk pertama kali, betul x?

Macam saya nak sambut baby kedua tahun lepas, memang rasa terlebih excited dan lebih bersedia. Keperluan utk ibu dan bayi memang awal2 dah prepare tau. Lagipun ini anak kedua. Jadi pengalaman tu dah ada. Ape yang perlu dan ape yang tak perlu. 

Ok, pada parents yang xsure lagi ape yang perlu dibawa, jom tengok list ni.

Tambahan : minyak baby, sabun mandi bayi

Tambahan : minyak panas, biskut, roti (pas beranak lapar tau..)

Untuk bapa pun ade tau.. 

Segala keperluan ni sebaiknya kene prepare seawal kandungan berusia 7 bulan. Mana tau, kot nk terkeluar awal. Semua dah ready senang.. 

Ok, untuk ibu-ibu yang nak bersalin xlama lagi.. Semoga selamat semuanya ya.

 Bai baiii


Tuesday, 8 September 2015

Korang tau tak

Sekarang kami tengah dalam mood projek "korang tau tak"

Untuk projek "korang tau tak" ni, kami bukan je bagi info pasal Shaklee tapi ade juga info-info am.. Kirenya ni salah 1 usaha nak semua follower kami dapat maklumat lain selain daripada info Shaklee jer.

Best projek ni.. Banyak pengetahuan am yang kita boleh tahu.

Jom layan beberapa poster projek "korang tau tak"















Amacam? 

Best kan!!