Thursday 3 September 2015

Soal Jawab Kehamilan : Kekejangan Perut (Cramp)



Kejang perut ketika hamil terutamanya untuk yang baru pertama kali hamil adalah perkara normal. 

Memang kita akan rasa tak selesa.. Tambah bila rasa perut tu kerass semacam.. Nak tunduk atau nak mencangkung pun rasa tak selesa. 


Kejang perut (cramp) ni biasa terjadi pada trimester pertama. Pada masa ni, anda mungkin akan mengalami salah satu perkara seperti berikut : 


• kekejangan pada perut
• kekejangan seperti semasa mesntruasi
• rasa sakit seperti ditusuk yang timbul sebentar dan tidak tetap

Jika perkara ni berlaku, jangan risau ok! Sebab ia perkara biasa yang berlaku pada ibu hamil. 

Kejang perut ni kemungkinan besar disebabkan berlakunya pertumbuhan dan pembesaran pada rahim. 

Tahu tak, sebenarnya pada masa ini otot dan ligamen menjadi lebih tegang untuk menyokong rahim yang semakin mengembang.

Tapi jangan risau.. Kekejangan ni boleh dilegakan dengan beberapa cara iaitu :

• mandi dengan air panas
• minta pasangan anda urut dengan lembut bahagian belakang badan
• minum susu panas
• jalan secara perlahan - lahan hingga lega
• melakukan senaman yang lembut seperti berenang
• baring
• makan supplement seperti B Compleks & Ostematrik 

Tetapi ibu hamil kene ingat. Jika kekejangan di perut disertai dengan PENDARAHAN PADA VAGINA, hubungi doktor anda dengan segera. Ini kerana kedua - dua tanda ini merupakan tanda berlakunya keguguran. 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

No comments:

Post a Comment