Monday 31 August 2015

6 Cara Mengatasi Kesulitan Tidur Semasa Hamil

Bila perut dah makin membesar, makin sukar nak tido lena.. Pusing kanan tak kena.. Pusing kiri tak selesa.. Tidur telentang lagi la.. Sakit terus tulang pinggul ni haa..

Time macam ni baby dah makin berat dan beri tekanan pada badan ibu terutama bahagian belakang. Memang kejap - kejap kene ubah kedudukan time tidur. Saya mase ni tak boleh nak tido rapat - rapat dengan anak dengan suami. Rase macam heii... Rimassss!! Ahahahha.. So bila tidur tu, siap block kanan kiri dengan bantal. Tak bagi sesape rapat. Hihihi..



Pakar - pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke - 16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke posisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda dapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.


Cara penggunaan maternity pillow ketika hamil

Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan. 

Untuk ibu - ibu hamil yang mengalami kesukaran tidur, apa kata anda cuba mana - mana tip yang sesuai di bawah ni. 








Ibu hamil tidak digalakkan tidur telentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. 

Tidur dalam posisi telentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. Selain itu, tidur telentang juga menyebabkan penurunan tekanan darah yang membuatkan ibu hamil berasa pening. 

Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Kembali saja ke posisi miring. 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Sunday 30 August 2015

10 FUNGSI UTAMA ZINC YANG ANDA PATUT TAHU


okay, entry kali ni straight to the point teruihh.. hahaha.. takyah buang masa, jom kita tengok kenapa Zinc ni penting untuk anda!!



Zinc utk kesuburan 
- terlibat dlm proses ovulasi telur (wanita) & meningkatkan kualiti sperma (lelaki)

Zinc utk lelaki
- tingkatkan seksualiti, mengelakkan kanser prostat, seks yang lebih bertenaga

Zinc utk kolagen
- bantu sintesis protein & kolagen 

Zinc utk selsema
- zinc bertindak dengan memasuki bahagian badan yang mempunyai
Virus selsema lalu mengurangkan simptom2 selsema

Zinc utk jerawat
- Kekurangan zinc juga penyebab timbulnya jerawat. Zinc mampu merawat & menghentikan jerawat. 

Zinc utk kesihatan kulit
- Selain itu juga ia antara keperluan bagi merawat eczema, psoriasis, kelumumur, kesan terbakar & melecur

Zinc utk luka
- Zinc mampu memulihkan luka dengan pantas

Zinc untuk rambut
- Zinc menggalakan pertumbuhan rambut serta mengukuhkan shaf rambut

Zinc utk diabetes
- bantu sintesis, simpan & rembes insulin

Zinc utk imun
- meningkatkan pengeluran T-cells utk menentang kanser & menghalang jangkitan penyakit

Banyak kegunaan zinc ni.

Jom sebar2kan!!


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Saturday 29 August 2015

Cara Yang Betul Melakukan Ujian Kehamilan Di Rumah

Mana - mana pasangan yang tengah merancang nak ada atau menambah zuriat, mesti seronok bila menstruasi isteri lewat dari tarikh sepatutnya. Yela.. Mana tau, ada rezeki.. Betul tak? 


Macam saya juga sebelum ni.. Beberapa kali juga lewat menstruasi.. Bila check kita memang berharap tolonglah ada.. Tapi kecewa bila keputusan negatif. Tapi lepas beberapa kali cycle dan selepas saya konsisten amalkan Set Subur Shaklee, alhamdulillahh sangkut juga..

Tapi nak cerita mase first time nak cek upt tu.. Punyela excited.. Tak baca pun cara cek yang betul.. Hehe..  Main cek jer.. Lepas tu tak dapat jawapan.. Bukan setakat tak dapat jawapan.. Test tu jadi tak valid. Dah buat, baru tengok kertas cara penggunaan dia.. Lahh.. Ku salah buat rupanya. Hahaha.. Dah rugi 1 tester.. Mahal plak tuh. Hahahaha..

Friday 28 August 2015

Penjagaan Gigi Ketika Hamil

Ketika hamil, kesihatan gigi juga akan diambil kira. 

Tau tak, ketika kita mengandung, potensi untuk mendapat Gingivitis sangat tinggi disebabkan perubahan hormon.

Gingivitis ialah keradangan pada gusi yang disebabkan plak yang berkumpul di celahan antara gigi dan gusi. Plak pula ialah lapisan nipis tidak berwarna yang terdiri daripada 95% bakteria. 

Bila plak dah terkumpul, ia akan menyebabkan kehilangan tulang di sekitar gigi (periodontitis) dan seterusnya menyebabkan kehilangan gigi. 

Lebihan plak ni bukan sahaja sebabkan gigi tertanggal, malah ia juga menyebabkan gusi membengkak, berdarah, kemerahan dan radang. 

Untuk mengelakkan masalah ini, ibu - ibu hamil boleh amalkan tips seperti di dalam gambar ni



Selain itu juga, ibu - ibu hamil sangat digalakkan untuk mengambil pil kalsium bagi membantu menghasilkan tulang gigi yang lebih kuat dan membantu mencukupkan keperluan kalsium untuk ibu hamil dan bayi. 

Kalau ikut pengalaman sendiri, hamil kali kedua saya amalkan makan pil kalsium dan hasilnya, gigi tidak lagi mereput seperti hamil kali pertama dulu. Lega sangat.. Ada rakan saya yang mengalami masalah pergigian ketika hamil ni ambil juga pil kalsium yang saya cadangkan dan beliau sungguh gembira dengan kesannya! 



Apa yang saya cadangkan?? 

Pil kalsium shaklee ialah Ostematrik


Saya kalau sehari tak telan Ostematrik time - time pregnant ni memang rasa tak best sangat. Kebaikannya bukan jer untuk gigi tapi lebih daripada tu.

Nantikan nest entry pasal ni okeh!!


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
JIHA
Fb : Najihah Sudi
Blog : najihasudi.blogspot.com
Call / Tele / WhatsApp / SMS : 0175012307




Thursday 27 August 2015

13 Kelebihan Yang Pasti dirasai dengan Set Hamil Shaklee. No. 8 tu Memang Win!

Mengandung kali ni saya memang amalkan makan supplement Shaklee sejak dr trimester pertama hinggalah sekarang (38minggu). 

Memang best!! Itu yang saya nak cakap. Berbanding hamil anak pertama dengan yang ini, kali ni saya :

1. Tidak mengalami kenaikan berat melampau. (Dulu naik 22kg, kali ni cuma 8kg. Beza 14kg tuhhhh)
2. Tidak mengidam dan ingin makan makanan merapu
3. Gigi tidak reput dan bergoyang
4. Gusi tak sakit dan berdarah
5. Seharian bertenaga (cuma dah hujung-hujung nak bersalin agak letih juga. Mungkin sebab kandungan dah membesar)
6. Kaki tak kembang dan tiada urat - urat timbul (seronok tak perlu beli sandal baru, yeay!)
7. Hanya sekali kena simpul biawak sepanjang mengandung
8. Nurse tak suruh minum air gula. Best giler!!
9. Badan tak sembab dan muka pun tak kembang
10. Vagina sihat - tidak gatal - gatal, tidak berbau
11. Lawas seperti biasa
12. Badan mudah keluar angin
13. Hb maintan 12 ke atas. Pernah sekali 11.6. tu pun sebab culas makan vitamin. Huhu.. Padan muka!

Seronok mengandung kali ni. Memang terasa bezanya. Sepanjang hamil saya amalkan makan Set Hamil Shaklee iaitu :


Esp 
- membekalkan tenaga berpanjangan
- untuk pertumbuhan bayi yang sihat
- supaya badan bayi tegap
- untuk menguatkan rahim
- amalkan hingga waktu bersalin bagi mengelakkan vagina terkoyak / terkoyak teruk ketika bersalin
- mengelakkan stretchmarks melampau
- mengelakkan dari mengalami morning sickness


Vita c
- membantu penyerapan zat besi dalam badan
- menguatkan salur darah
- memelihara kulit, gigi dan gusi
- mengelakkan kencing kotor
- mengelakkan masalah vagina (berbau, gatal - gatal & jangkitan kuman)
- menguatkan imun ibu
- kekurangan Vitamin C semasa mengandung dikaitkan dengan perkembangan mental yang lambat


Vita lea
- membekalkan zat besi yang bertujuan untuk menghasilkan hemoglobin untuk mengangkut Oksigen & nutrisi lain kepada bayi.
- keperluan utama untuk menghasilkan placenta (kantung bayi) yang kukuh dan selamat.
- kuatkan tulang dan gigi
- meningkatkan hb darah (hb lebih 11 adalah baik dan selamat)
- mengelakkan bayi pra matang


Bcomplex
- membekalkan asid folic 
- membantu mengelakkan dari mendapat diabetes semasa hamil
- membantu mengelakkan dari morning sickness
- mengelakkan kecacatan saraf bayi
- membekalkan tenaga dgn menukarkan karbo kepada tenaga
- membantu bayi menjadi lebih cerdik


Omega
- untuk penglihatan yang lebih baik
- elakkan kelahiran pra matang
- penting untuk tumbesaran & perkembangan otak janin
- mudah untuk bayi menyimpan memori
- membantu mengawal berat badan ibu
- mengelakkan pre eclampsia (tekanan darah tinggi) ketika hamil


Ostematrik
- membekalkan kalsium
- mengelakan gigi tertanggal atau reput
- mengelakan sakit gusi
- untuk penghasilan tulang yang kuat
- mengelakkan dari kekejangan otot (simpul biawak)
- tidur malam lebih lena
- menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
- mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas
- pembuangan lebih lawas


Tambahan


Garlic 
- mengelakkan masalah vagina 
- membantu mengeluarkan angin
- menguatkan imun


Peppermint Ginger Plus (penting ketika awal - awal kehamilan)
- bantu mengeluarkan angin 
- membantu melegakan ibu yang kerap muntah

Saya memang puas hati dengan kesan positif yang saya alami sekarang. Terasa sangat berbaloi saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan ni. 

Insya'Allah, lepas bersalin ni saya akan terus amalkan makan supplement Shaklee ketika berpantang dan menyusu nanti. 

Untuk ibu - ibu yang mahu mencuba Set Hamil Shaklee sepanjang proses kehamilan anda, jangn malu untuk hubungi saya ok. Segala konsultasi adalah percuma! 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Wednesday 26 August 2015

Pengalaman Hamil Dengan Set Hamil Shaklee

Pengalaman mengandung kali ni memang berbeza daripada pengalaman yang pertama. 

Salah satunya ialah BERAT BADAN. 


Memang saya tak percaya. Dengan usia kandungan dah mencecah 38 minggu ni, jumlah kenaikan berat saya cuma 8kilogram je. Fuhhh... 


Tau tak, masa saya mengandungkan safiya dulu total kenaikan berat saya dalam masa 38 minggu lebih daripada 20kg!!! Dasyat, kan!! Hihi.. Jenuhh la kita membuang lemak-lemak tu mase pantang.. Tapi dengan kenaikan macam tu, percayalah.. Ia bukan mudah! 

Jangan percaya dengan kata - kata

"Xpelah.. Makan je time mengandung ni.. Nanti time pantang boleh diet"

"Xpe, makan jer. Nanti time pantang tak boleh makan"
"Makan je lah.. Sian anak dalam perut tu.. Mengidam.."

Tolong jangan ikutkan sangat kata - kata ni ya. Bahaya.. Hihi... 

Perbezaan yang kedua ialah KEINGINAN UNTUK MAKAN MAKANAN MERAPU TIADA. 



Yup, memang takde teringin. Idok ler langsung tak ade.. Tapi memang kurang sangat-sangat banding pegalaman pertama dulu. Lagipun, pakar nutrisi ada cakap yang bila badan kita cukup zat dan nutrisi, memang kita kurang keinginan untuk makan makanan merapu. 

Kalau dulu, hampir setiap hari saya akan makan snek. Coklat 1 bar besar pun saya boleh habiskan sehari. Lepas tu sukaaa sangat makan kek, kuih manis.. Eh, senang cerita semua makanan manis lah. 


Mujur la time tu takde kene kencing manis.. Hihi.. Lagipun pregnant kali ni, SAYA LANGSUNG TAK MINUM AIR GULA sebab nurse kata KENAIKAN BERAT TERKAWAL, BACAAN GULA DALAM DARAH PUN OK CANTIK.. 


Memang rasa quite amazing jugaklah.. Sebab hampir semua kawan - kawan yang saya tau mengandung memang kene minum air gula.. Macam wajib minum pun ada. 


Apa - apa pun syukur saya tak kene. Selamat.. Hihi


Pregnant kali ni saya memang makan supplement Shaklee sahaja. Memang terasa bezanya. Banyak kelebihan lain yang saya rasai sendiri. Selama ni dok dengar je pengalaman kawan - kawan yang makan supplement shaklee mase pregnant tapi kali ni kita sendiri yang rasa.. 

Untuk perbezaan lain, saya akan ceritakan pada entry yang lain ya.

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Ketiga (29 -40Minggu)- PART 2

Bayi anda kini sudah dalam peringkat matang. Bahagian pemikirannya di dalam otak bayi sedang berkembang secara dramatik. Ia akan menjadi lebih besar dan kompleks. Lapisan lemak sudah mula terkumpul di bawah lapisan kulitnya.

Pada mminggu ke 34 hingga ke 36, si kecil anda sudah mula mengambil kedudukan terakhir di dalam rahim.

Pada minggu ke 38 pula, lanugo telah mula menghilang kecuali di bahagian atas lengan dan bahu.
(Lanugo ialah rerambut halus yang tumbuh pada badan bayi akibat perubahan hormon bayi dan ibu yang bersifat sementara) 

Tuesday 25 August 2015

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Ketiga (29 -40Minggu)- PART 1


Mulai trimester ketiga ini, bayi anda akan menjadi semakin besar. Anda juga akan dapat melihat tendangannya di bawah kulit perut anda. 

Memasuki trimester terakhir ini juga, anda akan mulai mengunjungi doktor anda 2 minggu sekali, sibuk mencari nama untuk si kecil, dan waktu tidur anda berkurangan disebabkan perut yang semakin membesar ini. 

Mari lihat perkembangan bayi anda sepanjang minggu ke 29 hinggalah ke 34.

Monday 24 August 2015

Tepuk dada tanya iman..

Baru - baru ni saya sekodeng sekejap wall saudara baru kita , Adam Corrie.. 


Seronok tengok kebahagiaan dia dan isteri.. Memang bertuah isterinya.. Dapat bersuamikan Adam Corrie.. Sama bertuahnya saya bersuamikan suami saya sekarang.. Hehe..

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Kedua (13 - 28Minggu)- PART 2


Pada trimester kedua ini, bayi anda sedang membentuk kulit yang sangat nipis sehingga rangkaian saluran darahnya dapat dilihat di bawah lapisan kulit tersebut.

Antara perkembangan lain ialah :
  • rerambut seperti kening, bulu mata serta bulu roma halus di badannya sudah mula  tumbuh
  • gigi bayi sedang berkembang
  • otot tangan dan kakinya berfungsi dengan baik
  • bayi makin kerap menendang
  • bayi kerap tersedu
  • pada 6 bulan ke atas, bayi sudah berupaya mengingat dan menyerap maklumat

Sunday 23 August 2015

Keperluan Omega Ketika Hamil


Inilah rutin saya setiap pagi. Tambah2 dah pregnant ni.. Memang tak miss telan OMEGA GUARD setiap hari. 

Sepanjang pregnant ni wajib ambil omega dan bila cakap pasal omega, mesti semua org fikir ia hanya utk develop brain baby betul x?

Tapi tau x, sebenarnya peranan omega lebih dari sekadar untuk otak. 

Kejutan Si Isteri



2,3 hari ni viral betul gambar before & after ni... Kesiannn la hai en suami rupanya selama ni rupa sebenar isterinya tersorok di belakang mekap setebal 13 inci tu.. Hahaha.. Biase dengar mekap 3 inci kan? Kali ni kita up jadi 13 inci sebab memang terbaikkk akak ni cover muka dia tu... Hihi.

Saya terbayang - bayang, kalau nak kuar dating, mesti dia start mekap 3 jam sebelum tu. Bukan senang ni nak cover segala macam kat muka tu.. Dengan bekas jerawat, dengan jerawat yang tengah ranum tuh.. Dengan mata pandanya.. Ish.. Sanggup plak akak ni

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Kedua (13 - 28 Minggu)- PART 1

Pada Trimester kedua kehamilan anda, perubahan demi perubahan berlaku pada kandungan anda dari minggu ke minggu.

Semua organ dalamannya sudah lengkap dan kebanyakannya sudah mula berfungsi.

Baki kehidupan pranatalnya hanyalah untuk mematangkan semua anggota yang telah berfungsi agar dia boleh hidup secara sendirinya selepas dilahirkan.

Kemungkinan untuk berlaku kecacatan atau ketidaknormalan kini adalah sangat kecil. 

Pada saat ini juga, roh ditiupkan ke dalam jasadnya.

Saturday 22 August 2015

Ish ish... Ku pun baru tahuuu...


Sejujurnya, rakyat Malaysia ni memang kretip!!

Dari hanya berfungsi untuk mengikat plastik roti, pengepit plastik tu jugak boleh kita letak sudu supaya tak direct kene bawah.. So bersih la sket.. Hihi..

Selain tu, uolls rasa ape lagi kegunaan lain pengepit plastik roti tuh?? Sebagai pencungkil penutup tin milo boleh jugak nih!! 

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Pertama (0-12 Minggu)- PART 2

Trimester 1 merupakan trimester yang paling penting kerana ketika ini janin saaangat fragile.. Memang kene banyakkan berehat terutama ibu - ibu yang pernah ada sejarah keguguran. 

Ketika ini, ibu kene elak daripada melakukan kerja berat dan yang boleh memberi tekanan kepada badan. Ibu juga tak boleh mengambil sebarang ubat - ubatan tanpa nasihat doktor terlebih dahulu. Janin ketika ini sangat sensitif. Dikhuatiri ibu - ibu akan mengalami keguguran jika tidak mengambil langkah berjaga - jaga. Tak nak lah mcam tu kan..

Friday 21 August 2015

Asid Folik Untuk Bayi Yang Sihat

Dari sebelum hamil sampailah sekarang, saya memang ambil asid folic setiap hari.

Memandangkan masa tu memang dah rancang nak mengandung, so saya ambil B Complex Shaklee yang mengandungi asid folik, 2 - 3 biji sehari. 


1 biji b complex shaklee mengandungi 200mcg asid folik. 



Ikutkan kalau nak mengandung dan bila disahkan mengandung, badan perlukan 400-600mcg asid folik sehari. 


Kenapa asid folik penting untuk ibu - ibu yang sedang hamil?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.



Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. 


Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.


Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa tu. 

Antara kebaikan lain mengambil asid folic ketika hamil ialah :

- merendahkan potensi keguguran
- merendahkan risiko kelahiran bayi yang kurang berat badan 
- merendahkan risiko kanak - kanak mendapat kanser otak (kajian di Kanada)

Untuk anda yang sedang merancang untuk hamil atau yang sedang hamil tu, sila dapatkan B Complex Shaklee ni okeh. Bukan sahaja ia selamat dan semulajadi tapi ia lengkap dengan asid folik yang diperlukan oleh bayi anda. 


Kipidap Dongibab!!

Hahaha.. Kadang2 memang tak menahan tengok status ayahanda ni.. 

Lucu tahap diabetes melitus.. 

Tapi 1 benda yang saya suka dengan ayahanda rani kulup ni ialah sikap selamba dan keyakinan dia tu.. Dia tak peduli pun apa orang nak kata ke dia.. Bak kata orang kampung saya.. High confident! Gitewww... 

Ni antara status dia yang latest di facebook. takleh tahan aku baca.. haha

Kipidap!!!




Dongibab!!

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Pertama (0-12 Minggu)- PART 1

Trimester pertama kehamilan merupakan peringkat yang sangat penting bagi bayi anda. 

Ini kerana, trimester ini merupakan satu peringkat di mana pembentukan uri (kantung bayi), tisu, organ dan anggota badan bayi berlaku. 

Kehamilan anda pada peringkat ini sangat mudah terdedah kepada : 
JANGKITAN KUMAN
KECACATAN FIZIKAL & MENTAL JANIN

Risiko keguguran juga sangat besar sekiranya langkah waspada tidak diambil.

Mari kita lihat perkembangan bayi dari minggu 1 sehingga minggu ke-6


Thursday 20 August 2015

Set Berpantang Dalaman dan Luaran Pilihanku

Dah 1 bulan prepare set berpantang untuk berpantang kali ni. Kalau nak dibandingkan, ni kira lambat jugalah prepare. 

Masa time safiya dulu, mase kandungan baru 6 bulan dan siap - siap beli. 😆😆.. Punyelah tak sabar. 

Tapi yang kelakarnya.. Beli punya lah awal tapi tak belek pun apa isi dalam tu.. beli 1 set lengkap.. Tengah pantang baru kuarkan 1 persatu.. Penyudahnya, setengah daripada set tu tak berusik pun.. Lepas setahun masuk tong sampah.. Heiii.. Rugi, rugi...


Tips Hamil Anak Kembar

Saya ada seorang akak ipar yang ada anak kembar. Sekarang deme pun dah masuk 5 tahun. Bila tengok gelagat kembar ni alahai seronoknya... Tambah kalau muka serupa.. Macam anak akak ipar saya, bertahun juga lah saya nak cam mana 1 abang, mana 1 adik. Hihi.. Sekarang deme dah besar, ada la lain sikit ghupe deme.. so mudah sikit nak cam. 

Saya memang teringin sangat sebenarnya nak anak kembar.. Bukan ape, senang tu sekali keluar je terus 2,3 orang.. Hahaha.. Wahhh.. Yang dalam perut ni pun belum keluar lagi dah rancang untuk anak seterusnya pulak. pengsannnnn.. Hahahah... 

Apa - apa pun untuk sesiapa yang berkeinginan anak kembar macam saya, boleh la amalkan beberapa ikhtiar di bawah.


Punca Utama Ketidaksuburan



Artikel : UTUSAN ONLINE         

          MASALAH ketidaksuburan bukanlah masalah biasa lagi apabila 10 peratus daripada setiap populasi negara menghadapinya. Setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, satu pasangan pasti mengalami masalah ketidaksuburan.
      
          Namun, masyarakat sering menuding jari kepada wanita atau isteri apabila memperkatakan soal kemandulan atau penyebab tiada zuriat walhal peratus punca ketidaksuburan lelaki dan perempuan adalah sama banyak.Dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan, dua daripadanya berpunca daripada perempuan, dua daripada lelaki manakala satu lagi merupakan gabungan lelaki dan wanita.


Wednesday 19 August 2015

6 Petua Hilangkan Stretchmarks Selepas Bersalin (Petua Orang Lama)

Alhamdulillah.. sekarang kandungan saya dah mencecah 37 minggu ++. Memang rasa tak sabar nak bersalin. Tak sabar nak tatap wajah comel baby.. nak tengok kaki dia yang kuat naw nendang - nendang perut kita ni. hahaha..

Memandangkan dah tak lama kita ni nak bersalin, so saya pun belek - belek lah beberapa petua untuk hilangkan stretchmarks selepas bersalin. Ada beberapa petua yang kene amal dari awal mengandung.. Sabar jelah.. kita ni dah la nak beranak. baru jumpa plak petua tuh. haha. takpelah, kita amalkan petua yang boleh amal selepas bersalin. 

So nak tau apa petuanya?


9 Fakta Mengenai Zinc Yang Lelaki Wajib Ambil Tahu (terutamanya para SUAMI) !

Zinc merupakan mineral yang sangat penting untuk kaum lelaki terutamanya yang ingin mendapatkan zuriat. Ini kerana, zinc antara mineral yang sangat diperlukan oleh organ seks lelaki.


Mengikut kajian, daripada 100% sperma yang dilepaskan, secara purata hanya 4% yang dikategorikan sebagai sperma yang normal kecuali jika lelaki itu benar - benar sihat dan keperluan zat dan mineral untuk sperma cukup maka 16% sperma yang dilepaskan itu adalah dalam kategori normal dan sihat. Jadi penting untuk memastikan sperma yang dihasilkan adalah sihat, berkualiti dan normal.

Tuesday 18 August 2015

Makanan yang meningkatkan metabolisme


Adalah penting untuk mengekalkan metabolisme pada tahap tertinggi supaya kadar pembakaran kalori kita sentiasa berada di tahap yang optimum. Metabolisme yang tinggi merupakan salah 1 faktor paling penting bagi menurunkan berat badan dan mengekalkan badan yang langsing. Salah satu caranya ialah bersenam.

Walau bagaimanapun disebabkan factor kesibukan kita seharian membuatkan kita kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang lain. Oleh itu, pemakanan sangat diambil kira. Saya tadi baru ‘jalan – jalan’ tengok blog orang. Memang menarik perkongsiannya tu. Ia menyentuh mengenai pemakanan yang boleh tingkatkan metabolisme kita.