Friday 4 September 2015

8 Cara Mengatasi Mual & Muntah (Morning Sickness)




Alhamdulillah, sepanjang 39 minggu saya hamil, tak pernah walau sekali saya muntah - muntah disebabkan morning sickness. Mual tu ada juga tapi tak teruk mana.. Syukur, syukur.. 

Kasihan juga tengok rakan - rakan lain yang mengalami morning sickness yang teruk sampaikan badan pun lembik sebab muntah tak berhenti. Pantang masuk makanan, mesti keluar balik. Minum air pun boleh muntah. 

Bila terlalu kerap muntah, ia bukan sahaja membahayakan kesihatan ibu malah membahayakan kandungan.
Ini kerana badan memerlukan zat dan nutrisi yang berterusan setiap masa. Oleh itu, ibu hamil mesti cuba juga untuk makan dan mengambil vitamin yang sesuai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. 

Morning sickness berlaku disebabkan peningkatan hormon di dalam diri. Setiap wanita menghadapi tahap morning sickness yang berbeza - beza. 

Walaupun begitu, ada beberapa cara untuk ibu hamil mengatasi masalah morning sickness ni iaitu









Kebanyakan wanita hamil akan mengalami rasa mual bermula pada bulan kedua kehamilan. Tapi anda tak perlu risau kerana rasa mual dan muntah itu biasanya hilang pada akhir bulan ketiga. 

Pada ketika ini juga, ibu yang hamil akan sering mengalami fenomena "mengidam". 

Bagi si suami, cubalah memenuhi kehendak isteri yang mengidam selagi ia tidak memudaratkan kesihatan. Dengan cara ini, anda sedang menjaga emosinya.

Bagi si isteri pula, kawal diri anda daripada mengidam perkara - perkara yang memudaratkan kesihatan. 

Hubungi doktor secepat yang mungkin jika rasa mual menjadi lebih teruk dan semakin sensitif hingga anda langsung tak boleh makan dan minum. Jika berterusan, dikhuatiri akan menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dehidrasi (Hiperemesis Gravidarum).

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

No comments:

Post a Comment