Monday, 31 August 2015

6 Cara Mengatasi Kesulitan Tidur Semasa Hamil

Bila perut dah makin membesar, makin sukar nak tido lena.. Pusing kanan tak kena.. Pusing kiri tak selesa.. Tidur telentang lagi la.. Sakit terus tulang pinggul ni haa..

Time macam ni baby dah makin berat dan beri tekanan pada badan ibu terutama bahagian belakang. Memang kejap - kejap kene ubah kedudukan time tidur. Saya mase ni tak boleh nak tido rapat - rapat dengan anak dengan suami. Rase macam heii... Rimassss!! Ahahahha.. So bila tidur tu, siap block kanan kiri dengan bantal. Tak bagi sesape rapat. Hihihi..



Pakar - pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke - 16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke posisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda dapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.


Cara penggunaan maternity pillow ketika hamil

Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan. 

Untuk ibu - ibu hamil yang mengalami kesukaran tidur, apa kata anda cuba mana - mana tip yang sesuai di bawah ni. 








Ibu hamil tidak digalakkan tidur telentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. 

Tidur dalam posisi telentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. Selain itu, tidur telentang juga menyebabkan penurunan tekanan darah yang membuatkan ibu hamil berasa pening. 

Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Kembali saja ke posisi miring. 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Sunday, 30 August 2015

10 FUNGSI UTAMA ZINC YANG ANDA PATUT TAHU


okay, entry kali ni straight to the point teruihh.. hahaha.. takyah buang masa, jom kita tengok kenapa Zinc ni penting untuk anda!!



Zinc utk kesuburan 
- terlibat dlm proses ovulasi telur (wanita) & meningkatkan kualiti sperma (lelaki)

Zinc utk lelaki
- tingkatkan seksualiti, mengelakkan kanser prostat, seks yang lebih bertenaga

Zinc utk kolagen
- bantu sintesis protein & kolagen 

Zinc utk selsema
- zinc bertindak dengan memasuki bahagian badan yang mempunyai
Virus selsema lalu mengurangkan simptom2 selsema

Zinc utk jerawat
- Kekurangan zinc juga penyebab timbulnya jerawat. Zinc mampu merawat & menghentikan jerawat. 

Zinc utk kesihatan kulit
- Selain itu juga ia antara keperluan bagi merawat eczema, psoriasis, kelumumur, kesan terbakar & melecur

Zinc utk luka
- Zinc mampu memulihkan luka dengan pantas

Zinc untuk rambut
- Zinc menggalakan pertumbuhan rambut serta mengukuhkan shaf rambut

Zinc utk diabetes
- bantu sintesis, simpan & rembes insulin

Zinc utk imun
- meningkatkan pengeluran T-cells utk menentang kanser & menghalang jangkitan penyakit

Banyak kegunaan zinc ni.

Jom sebar2kan!!


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Saturday, 29 August 2015

Cara Yang Betul Melakukan Ujian Kehamilan Di Rumah

Mana - mana pasangan yang tengah merancang nak ada atau menambah zuriat, mesti seronok bila menstruasi isteri lewat dari tarikh sepatutnya. Yela.. Mana tau, ada rezeki.. Betul tak? 


Macam saya juga sebelum ni.. Beberapa kali juga lewat menstruasi.. Bila check kita memang berharap tolonglah ada.. Tapi kecewa bila keputusan negatif. Tapi lepas beberapa kali cycle dan selepas saya konsisten amalkan Set Subur Shaklee, alhamdulillahh sangkut juga..

Tapi nak cerita mase first time nak cek upt tu.. Punyela excited.. Tak baca pun cara cek yang betul.. Hehe..  Main cek jer.. Lepas tu tak dapat jawapan.. Bukan setakat tak dapat jawapan.. Test tu jadi tak valid. Dah buat, baru tengok kertas cara penggunaan dia.. Lahh.. Ku salah buat rupanya. Hahaha.. Dah rugi 1 tester.. Mahal plak tuh. Hahahaha..

Friday, 28 August 2015

Penjagaan Gigi Ketika Hamil

Ketika hamil, kesihatan gigi juga akan diambil kira. 

Tau tak, ketika kita mengandung, potensi untuk mendapat Gingivitis sangat tinggi disebabkan perubahan hormon.

Gingivitis ialah keradangan pada gusi yang disebabkan plak yang berkumpul di celahan antara gigi dan gusi. Plak pula ialah lapisan nipis tidak berwarna yang terdiri daripada 95% bakteria. 

Bila plak dah terkumpul, ia akan menyebabkan kehilangan tulang di sekitar gigi (periodontitis) dan seterusnya menyebabkan kehilangan gigi. 

Lebihan plak ni bukan sahaja sebabkan gigi tertanggal, malah ia juga menyebabkan gusi membengkak, berdarah, kemerahan dan radang. 

Untuk mengelakkan masalah ini, ibu - ibu hamil boleh amalkan tips seperti di dalam gambar ni



Selain itu juga, ibu - ibu hamil sangat digalakkan untuk mengambil pil kalsium bagi membantu menghasilkan tulang gigi yang lebih kuat dan membantu mencukupkan keperluan kalsium untuk ibu hamil dan bayi. 

Kalau ikut pengalaman sendiri, hamil kali kedua saya amalkan makan pil kalsium dan hasilnya, gigi tidak lagi mereput seperti hamil kali pertama dulu. Lega sangat.. Ada rakan saya yang mengalami masalah pergigian ketika hamil ni ambil juga pil kalsium yang saya cadangkan dan beliau sungguh gembira dengan kesannya! 



Apa yang saya cadangkan?? 

Pil kalsium shaklee ialah Ostematrik


Saya kalau sehari tak telan Ostematrik time - time pregnant ni memang rasa tak best sangat. Kebaikannya bukan jer untuk gigi tapi lebih daripada tu.

Nantikan nest entry pasal ni okeh!!


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
JIHA
Fb : Najihah Sudi
Blog : najihasudi.blogspot.com
Call / Tele / WhatsApp / SMS : 0175012307




Thursday, 27 August 2015

13 Kelebihan Yang Pasti dirasai dengan Set Hamil Shaklee. No. 8 tu Memang Win!

Mengandung kali ni saya memang amalkan makan supplement Shaklee sejak dr trimester pertama hinggalah sekarang (38minggu). 

Memang best!! Itu yang saya nak cakap. Berbanding hamil anak pertama dengan yang ini, kali ni saya :

1. Tidak mengalami kenaikan berat melampau. (Dulu naik 22kg, kali ni cuma 8kg. Beza 14kg tuhhhh)
2. Tidak mengidam dan ingin makan makanan merapu
3. Gigi tidak reput dan bergoyang
4. Gusi tak sakit dan berdarah
5. Seharian bertenaga (cuma dah hujung-hujung nak bersalin agak letih juga. Mungkin sebab kandungan dah membesar)
6. Kaki tak kembang dan tiada urat - urat timbul (seronok tak perlu beli sandal baru, yeay!)
7. Hanya sekali kena simpul biawak sepanjang mengandung
8. Nurse tak suruh minum air gula. Best giler!!
9. Badan tak sembab dan muka pun tak kembang
10. Vagina sihat - tidak gatal - gatal, tidak berbau
11. Lawas seperti biasa
12. Badan mudah keluar angin
13. Hb maintan 12 ke atas. Pernah sekali 11.6. tu pun sebab culas makan vitamin. Huhu.. Padan muka!

Seronok mengandung kali ni. Memang terasa bezanya. Sepanjang hamil saya amalkan makan Set Hamil Shaklee iaitu :


Esp 
- membekalkan tenaga berpanjangan
- untuk pertumbuhan bayi yang sihat
- supaya badan bayi tegap
- untuk menguatkan rahim
- amalkan hingga waktu bersalin bagi mengelakkan vagina terkoyak / terkoyak teruk ketika bersalin
- mengelakkan stretchmarks melampau
- mengelakkan dari mengalami morning sickness


Vita c
- membantu penyerapan zat besi dalam badan
- menguatkan salur darah
- memelihara kulit, gigi dan gusi
- mengelakkan kencing kotor
- mengelakkan masalah vagina (berbau, gatal - gatal & jangkitan kuman)
- menguatkan imun ibu
- kekurangan Vitamin C semasa mengandung dikaitkan dengan perkembangan mental yang lambat


Vita lea
- membekalkan zat besi yang bertujuan untuk menghasilkan hemoglobin untuk mengangkut Oksigen & nutrisi lain kepada bayi.
- keperluan utama untuk menghasilkan placenta (kantung bayi) yang kukuh dan selamat.
- kuatkan tulang dan gigi
- meningkatkan hb darah (hb lebih 11 adalah baik dan selamat)
- mengelakkan bayi pra matang


Bcomplex
- membekalkan asid folic 
- membantu mengelakkan dari mendapat diabetes semasa hamil
- membantu mengelakkan dari morning sickness
- mengelakkan kecacatan saraf bayi
- membekalkan tenaga dgn menukarkan karbo kepada tenaga
- membantu bayi menjadi lebih cerdik


Omega
- untuk penglihatan yang lebih baik
- elakkan kelahiran pra matang
- penting untuk tumbesaran & perkembangan otak janin
- mudah untuk bayi menyimpan memori
- membantu mengawal berat badan ibu
- mengelakkan pre eclampsia (tekanan darah tinggi) ketika hamil


Ostematrik
- membekalkan kalsium
- mengelakan gigi tertanggal atau reput
- mengelakan sakit gusi
- untuk penghasilan tulang yang kuat
- mengelakkan dari kekejangan otot (simpul biawak)
- tidur malam lebih lena
- menghilangkan bisa-bisa kaki serta letih badan
- mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas
- pembuangan lebih lawas


Tambahan


Garlic 
- mengelakkan masalah vagina 
- membantu mengeluarkan angin
- menguatkan imun


Peppermint Ginger Plus (penting ketika awal - awal kehamilan)
- bantu mengeluarkan angin 
- membantu melegakan ibu yang kerap muntah

Saya memang puas hati dengan kesan positif yang saya alami sekarang. Terasa sangat berbaloi saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan ni. 

Insya'Allah, lepas bersalin ni saya akan terus amalkan makan supplement Shaklee ketika berpantang dan menyusu nanti. 

Untuk ibu - ibu yang mahu mencuba Set Hamil Shaklee sepanjang proses kehamilan anda, jangn malu untuk hubungi saya ok. Segala konsultasi adalah percuma! 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Wednesday, 26 August 2015

Pengalaman Hamil Dengan Set Hamil Shaklee

Pengalaman mengandung kali ni memang berbeza daripada pengalaman yang pertama. 

Salah satunya ialah BERAT BADAN. 


Memang saya tak percaya. Dengan usia kandungan dah mencecah 38 minggu ni, jumlah kenaikan berat saya cuma 8kilogram je. Fuhhh... 


Tau tak, masa saya mengandungkan safiya dulu total kenaikan berat saya dalam masa 38 minggu lebih daripada 20kg!!! Dasyat, kan!! Hihi.. Jenuhh la kita membuang lemak-lemak tu mase pantang.. Tapi dengan kenaikan macam tu, percayalah.. Ia bukan mudah! 

Jangan percaya dengan kata - kata

"Xpelah.. Makan je time mengandung ni.. Nanti time pantang boleh diet"

"Xpe, makan jer. Nanti time pantang tak boleh makan"
"Makan je lah.. Sian anak dalam perut tu.. Mengidam.."

Tolong jangan ikutkan sangat kata - kata ni ya. Bahaya.. Hihi... 

Perbezaan yang kedua ialah KEINGINAN UNTUK MAKAN MAKANAN MERAPU TIADA. 



Yup, memang takde teringin. Idok ler langsung tak ade.. Tapi memang kurang sangat-sangat banding pegalaman pertama dulu. Lagipun, pakar nutrisi ada cakap yang bila badan kita cukup zat dan nutrisi, memang kita kurang keinginan untuk makan makanan merapu. 

Kalau dulu, hampir setiap hari saya akan makan snek. Coklat 1 bar besar pun saya boleh habiskan sehari. Lepas tu sukaaa sangat makan kek, kuih manis.. Eh, senang cerita semua makanan manis lah. 


Mujur la time tu takde kene kencing manis.. Hihi.. Lagipun pregnant kali ni, SAYA LANGSUNG TAK MINUM AIR GULA sebab nurse kata KENAIKAN BERAT TERKAWAL, BACAAN GULA DALAM DARAH PUN OK CANTIK.. 


Memang rasa quite amazing jugaklah.. Sebab hampir semua kawan - kawan yang saya tau mengandung memang kene minum air gula.. Macam wajib minum pun ada. 


Apa - apa pun syukur saya tak kene. Selamat.. Hihi


Pregnant kali ni saya memang makan supplement Shaklee sahaja. Memang terasa bezanya. Banyak kelebihan lain yang saya rasai sendiri. Selama ni dok dengar je pengalaman kawan - kawan yang makan supplement shaklee mase pregnant tapi kali ni kita sendiri yang rasa.. 

Untuk perbezaan lain, saya akan ceritakan pada entry yang lain ya.

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Ketiga (29 -40Minggu)- PART 2

Bayi anda kini sudah dalam peringkat matang. Bahagian pemikirannya di dalam otak bayi sedang berkembang secara dramatik. Ia akan menjadi lebih besar dan kompleks. Lapisan lemak sudah mula terkumpul di bawah lapisan kulitnya.

Pada mminggu ke 34 hingga ke 36, si kecil anda sudah mula mengambil kedudukan terakhir di dalam rahim.

Pada minggu ke 38 pula, lanugo telah mula menghilang kecuali di bahagian atas lengan dan bahu.
(Lanugo ialah rerambut halus yang tumbuh pada badan bayi akibat perubahan hormon bayi dan ibu yang bersifat sementara)