Wednesday 26 August 2015

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan pada Trimester Ketiga (29 -40Minggu)- PART 2

Bayi anda kini sudah dalam peringkat matang. Bahagian pemikirannya di dalam otak bayi sedang berkembang secara dramatik. Ia akan menjadi lebih besar dan kompleks. Lapisan lemak sudah mula terkumpul di bawah lapisan kulitnya.

Pada mminggu ke 34 hingga ke 36, si kecil anda sudah mula mengambil kedudukan terakhir di dalam rahim.

Pada minggu ke 38 pula, lanugo telah mula menghilang kecuali di bahagian atas lengan dan bahu.
(Lanugo ialah rerambut halus yang tumbuh pada badan bayi akibat perubahan hormon bayi dan ibu yang bersifat sementara) 

Ransangan bayi sepatutnya sudah dimulakan atau lebih aktif lagi dalam masa 3 bulan terakhir ini kerana pada waktu ini bayi anda sedang aktif menggunakan segala pancainderanya berbanding pada waktu - waktu lain.

Perhatikan tanda - tanda hendak bersalin seperti 
  • lendir bercampur darah
  • air ketuban pecah
  • kontraksi yang teratur

No comments:

Post a Comment