Thursday 20 August 2015

Set Berpantang Dalaman dan Luaran Pilihanku

Dah 1 bulan prepare set berpantang untuk berpantang kali ni. Kalau nak dibandingkan, ni kira lambat jugalah prepare. 

Masa time safiya dulu, mase kandungan baru 6 bulan dan siap - siap beli. 😆😆.. Punyelah tak sabar. 

Tapi yang kelakarnya.. Beli punya lah awal tapi tak belek pun apa isi dalam tu.. beli 1 set lengkap.. Tengah pantang baru kuarkan 1 persatu.. Penyudahnya, setengah daripada set tu tak berusik pun.. Lepas setahun masuk tong sampah.. Heiii.. Rugi, rugi...



So untuk pantang kali ni, memang beli yang betul - betul confirm guna. 


Untuk penjagaan dalaman saya pilih Set Berpantang Shaklee.. Saya ambil

🌸 ENERGISING SOY PROTEIN (ESP) sebagai pembekal tenaga
🌸 B COMPLEX sebagai Anti Stress / Anti Meroyan
🌸 VITA LEA untuk tambah darah (so taknak lah pucat lesi)
🌸 VITAMIN C 500mg SUSTAINED RELEASED untuk rawat luka dalaman
🌸 ZINC juga untuk rawat luka dalaman
🌸 GARLIC untuk rawat luka dan buang angin <-- ni paling penting 😆
🌸 PEPPERMINT GINGER PLUS sebagai minuman herba (juga untuk buang angin)
🌸 ALFALFA untuk detox darah
🌸 COLLAGEN POWDER untuk rawat dalaman dan memejalkan otot

Manakala untuk penjagaan luaran pula saya pilih dari pelbagai jenama iaitu

🌼 TANAMERA - herbal bath, feminine herbal, tungku herba, tungku bayi, VCO
🌼 NONA ROGUY - minyak herbanika, bengkung
🌼 AMWAY TROPICAL HERB - baby oil 
🌼 Air Mancur - pilis

Lagi beberapa hari nak bersalin, memang tak sabar nak berpantang.. Nak rawat badan luar dalam.. 

Semoga bersalin kali ni dipermudahkan. Amin.. 😌

No comments:

Post a Comment