Monday 31 August 2015

6 Cara Mengatasi Kesulitan Tidur Semasa Hamil

Bila perut dah makin membesar, makin sukar nak tido lena.. Pusing kanan tak kena.. Pusing kiri tak selesa.. Tidur telentang lagi la.. Sakit terus tulang pinggul ni haa..

Time macam ni baby dah makin berat dan beri tekanan pada badan ibu terutama bahagian belakang. Memang kejap - kejap kene ubah kedudukan time tidur. Saya mase ni tak boleh nak tido rapat - rapat dengan anak dengan suami. Rase macam heii... Rimassss!! Ahahahha.. So bila tidur tu, siap block kanan kiri dengan bantal. Tak bagi sesape rapat. Hihihi..



Pakar - pakar perubatan menganjurkan supaya selepas minggu ke - 16 kehamilan, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke posisi kiri kerana posisi ini membuatkan bayi anda dapat pengaliran darah dan makanan yang lebih.


Cara penggunaan maternity pillow ketika hamil

Posisi ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki dan tangan. 

Untuk ibu - ibu hamil yang mengalami kesukaran tidur, apa kata anda cuba mana - mana tip yang sesuai di bawah ni. 








Ibu hamil tidak digalakkan tidur telentang kerana posisi tidur ini menyebabkan anda meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus, dan inferior vena cava. 

Tidur dalam posisi telentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan, dan mengganggu pernafasan dan peredaran darah. Selain itu, tidur telentang juga menyebabkan penurunan tekanan darah yang membuatkan ibu hamil berasa pening. 

Jika anda terbangun pada waktu malam dan mendapati anda sedang terlentang, jangan bimbang. Anda tidak melakukan sesuatu yang mencederakan bayi anda. Kembali saja ke posisi miring. 


Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Jiha
Ig : Jiha_Penasihat _Kehamilan
Blog : najihasudi.blogspot.com
Tele / WhatsApp / SMS / Call : 0175012307

2 comments:

  1. nice.. harap2 post ni ada lagi sampai saya kahwin. nak bagi bakal bini baca.. huhuhu...

    ReplyDelete