Friday 21 August 2015

Asid Folik Untuk Bayi Yang Sihat

Dari sebelum hamil sampailah sekarang, saya memang ambil asid folic setiap hari.

Memandangkan masa tu memang dah rancang nak mengandung, so saya ambil B Complex Shaklee yang mengandungi asid folik, 2 - 3 biji sehari. 


1 biji b complex shaklee mengandungi 200mcg asid folik. 



Ikutkan kalau nak mengandung dan bila disahkan mengandung, badan perlukan 400-600mcg asid folik sehari. 


Kenapa asid folik penting untuk ibu - ibu yang sedang hamil?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.



Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. 


Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.


Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa tu. 

Antara kebaikan lain mengambil asid folic ketika hamil ialah :

- merendahkan potensi keguguran
- merendahkan risiko kelahiran bayi yang kurang berat badan 
- merendahkan risiko kanak - kanak mendapat kanser otak (kajian di Kanada)

Untuk anda yang sedang merancang untuk hamil atau yang sedang hamil tu, sila dapatkan B Complex Shaklee ni okeh. Bukan sahaja ia selamat dan semulajadi tapi ia lengkap dengan asid folik yang diperlukan oleh bayi anda. 


2 comments:

  1. hai sis,,nice info..sudi2 singgah blog saya.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. Insya'Allah.. Nanti kita terjah sana. Hihi

      Delete