Sunday 23 August 2015

Kejutan Si Isteri



2,3 hari ni viral betul gambar before & after ni... Kesiannn la hai en suami rupanya selama ni rupa sebenar isterinya tersorok di belakang mekap setebal 13 inci tu.. Hahaha.. Biase dengar mekap 3 inci kan? Kali ni kita up jadi 13 inci sebab memang terbaikkk akak ni cover muka dia tu... Hihi.

Saya terbayang - bayang, kalau nak kuar dating, mesti dia start mekap 3 jam sebelum tu. Bukan senang ni nak cover segala macam kat muka tu.. Dengan bekas jerawat, dengan jerawat yang tengah ranum tuh.. Dengan mata pandanya.. Ish.. Sanggup plak akak ni
mekap tebal - tebal setiap kali jumpa boyfriend (sekarang suami) die time tu. 

Apelah salahnya kalau repair muka tu elok - elok. Bukan ape, kulit muka ni biasanya rosak sebab pemakaian mekap yang terlalu kerap. Kulit sentiasa terdedah dengan bahan kimia. Seeloknya sesekali kita biar muka ni bebas daripada sebarang mekap.. Biar kulit tu bernafas..

Saya setakat ni memang kurang dah mekap berbanding zaman anak dara dulu.. Sekarang rasa macam buang masa jer dok berejam depan cermin untuk mekap. 

Walaupun tak bermekap selalu, kulit muka saya alhamdulillah masih lagi nampak segar dan berseri. Saya gantikan rutin bermekap sebelum ni dengan amalkan makan supplement seperti Vitamin C, Bcomplex, ESP dan Vitamin E (sekarang stop kejap makan vita e sbb tengah pregnant). Sesekali makan juga Collagen Powder dan Vivix.. 


Saya lebih suka kecantikan yang dibina dari dalam daripada tepek mekap yang berinci - inci tuh..

Lebih natural gitewww... 





1 comment: